Everton F.C. Isi kandungan Sejarah | Pemain | Staf Kejurulatihan | Kejayaan | Rujukan | Pautan luar | Menu pandu arahLaman kelab"Premier League Handbook Season 2013/14""A brief history of Everton""Club profile: Everton""9 Facts About Football In The First World War""10 Facts About Football In The Second World War""The Everton Story – 1878 to 1930""Football and the First World War""Everton 1938–1939 : Home""The Everton Story – 1931 to 1960"asal"1962/63 Season | Everton Football Club""'A great final – a fantastic comeback'""West Brom to honour Jeff Astle by wearing replica 1968 FA Cup final kit""1969/70 Season | Everton Football Club""1969/70 SEASON""The Everton Story – 1961 to 1980""The Everton Story – 1981 to 2006""Goodison's greatest night""Everton sack boss Walter Smith""Can Moyes revive Everton?""Final 2001/2002 English Premier Table""Final 2006–07 English Premier Table""Everton complete Johnson capture""Yakubu joins Everton for £11.25m""Everton smash record for Fellaini""Rooney deal explained""Roberto Martínez confirmed as the new Everton manager""Hull 0 – 2 Everton""First Team""Honours | Everton Football Club""Lancashire Senior Cup"Everton F.C.Laman web rasmiBerita Everton – Sky SportsEverton F.C. – Premierleague.coms
Pages not specifying pattern la in Template:Football kitFootball squad on pitch using shiftKelab bola sepak InggerisEverton F.C.
bola sepakLiverpoolLiga Perdana InggerisPiala FALiverpoolGoodison ParkAnfieldEvertonkriketThe Football LeaguePiala FADixie DeanTranmere RoversManchester CityHarry CatterickSheffield WednesdayWest Bromwich AlbionLeeds UnitedGordon LeeHoward KendallUniversity College DublinInter BratislavaFortuna SittardBayern MunichRapid ViennaManchester UnitedAthletic BilbaoColin HarveyLiga Perdana InggerisMike WalkerJoe RoyleDave WatsonRangersWalter SmithMiddlesbroughDavid MoyesJames BeattieAndy JohnsonYakubuMarouane FellainiWayne RooneyManchester UnitedRoberto Martínez
Everton F.C.
Jump to navigation
Jump to search
Nama penuh | Everton Football Club | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | The Toffees, The Blues, The School of Science, The People's Club. | |||
Diasaskan | 1878 (1878) sebagai St Domingo's F.C. | |||
Stadium | Goodison Park, Walton, Liverpool (Muatan: 39,572[1]) | |||
CEO | Farhad Moshiri | |||
Pengerusi | Bill Kenwright | |||
Pengurus | Marco Silva | |||
Liga | Liga Perdana Inggeris | |||
2018–19 | Liga Perdana Inggeris, ke-8 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim terkini |
Everton Football Club /ˈɛvərtən/ adalah sebuah kelab bola sepak Inggeris berpangkalan di Liverpool yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab ini beraksi dalam liga teratas untuk 112 musim (hanya beraksi empat musim dalam peringkat kedua) dan telah memenangi beberapa kejuaraan utama termasuk Kejuaraan Liga sembilan kali dan Piala FA lima kali.
Ditubuhkan pada tahun 1878, penyokong kelab ini dikenali sebagai Evertonians. Everton mempunyai perseteruan dengan jiran, Liverpool dan perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Merseyside derby. Kelab ini berpangkalan di Goodison Park yang terletak di Walton, Liverpool, sejak tahun 1892 selepas berpindah dari Anfield.
Isi kandungan
1 Sejarah
2 Pemain
2.1 Pasukan Utama
2.1.1 Keluar Secara Pinjaman
3 Staf Kejurulatihan
4 Kejayaan
4.1 Domestik
4.2 Eropah
5 Rujukan
6 Pautan luar
Sejarah |
Everton ditubuhkan sebagai St Domingo's pada tahun 1878[2] supaya orang dari kariah St Domingo's Methodist Church Everton boleh bermain sukan sepanjang tahun —kriket dimainkan pada musim panas. Kelab ini dinamakan semula sebagai Everton setahun kemudian sempena nama kawasan tersebut selepas orang dari luar kariah ingin mengambil bahagian.[3]
Kelab ini merupakan ahli pengasas The Football League pada musim 1888–89, memenangi kejuaraan liga pertama mereka pada musim 1890–91. Everton memenangi Piala FA buat pertama kali pada tahun 1906 dan liga sekali lagi pada musim 1914–15. Akibat Perang Dunia pada tahun 1914, program bola sepak terganggu semasa Everton merupakan juara, dan sekali lagi berlaku pada tahun 1939.[4][5]
Ia tidak sehingga tahun 1927 dimana tempoh kejayaan Everton bermula. Pada tahun 1925, kelab ini menandatangani Dixie Dean dari Tranmere Rovers dimana ketika musim 1927–28, dia mencatat rekod gol liga dalam semusim dengan 60 gol dalam 39 perlawanan liga, rekod yang masih berkekalan sehingga ke hari ini. Dean membantu Everton untuk memenangi kejuaraan liga ketiga mereka.[6]
Everton tersingkir ke Divisyen Kedua dua tahun kemudian semasa pergolakan dalaman kelab itu. Walau bagaimanapun, kelab itu dinaikkan kembali dalam percubaan pertama. Selepas kembali ke liga teratas pada musim 1931–32, Everton memenangi kejuaraan liga keempat mereka. Everton juga memenangi Piala FA kedua mereka pada tahun 1933 selepas kemenangan 3–0 ke atas Manchester City dalam perlawanan akhir. Era itu berakhir ketika musim 1938–39 dengan kejuaraan liga kelima.[7][8]
Perang Dunia Kedua menyaksikan penggantungan liga bola sepak dan apabila pertandingan disambung semula pada tahun 1946, pasukan Everton telah pudar berbanding dengan pasukan sebelum perang. Everton tersingkir liga buat kali kedua pada musim 1950–51 dan tidak kembali sehingga musim 1953–54, mengakhiri liga sebagai naib-juara ketika musim ketiga mereka dalam Divisyen Kedua.[9]
Era kejayaan Everton kedua bermula apabila Harry Catterick dijadikan sebagai pengurus pada tahun 1961. Ketika musim 1962–63, musim keduanya sebagai pengurus, Everton memenangi kejuaraan liga[10] dan pada tahun 1966 Piala FA menyusul dengan kemenangan 3–2 ke atas Sheffield Wednesday.[11] Everton sekali lagi layak ke perlawanan akhir pada tahun 1968 tetapi gagal menewaskan West Bromwich Albion di Wembley.[12] Ketika musim 1969–70, Everton memenangi kejuaraan liga, sembilan mata diatas pencabar terdekat, Leeds United.[13] Semasa tempoh ini, Everton merupakan kelab Inggeris pertama yang beraksi dalam pertandingan Eropah untuk lima tahun berturut-turut diantara musim 1961–62 sehingga musim 1966–67.[14]
Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak berterusan; pasukan ini menduduki tempat keempat belas, kelima belas, ketujuh belas dan ketujuh pada musim-musim berikutnya. Harry Catterick bersara namun penggantinya gagal memenangi sebarang kejuaraan untuk baki tahun 1970an. Kelab ini mencabar untuk kejuaraan liga dengan menduduki tempat keempat pada musim 1974–75 dibawah pengurus Billy Bingham, dan dibawah pengurus Gordon Lee, ketiga pada musim 1977–78 dan keempat pada musim berikutnya. Pengurus Gordon Lee dipecat pada tahun 1981.[15]
Howard Kendall mengambil alih sebagai pengurus dan membimbing Everton ke era paling berjaya mereka. Di peringkat domestik, Everton memenangi Piala FA pada tahun 1984 dan dua kejuaraan liga pada musim 1984–85 dan 1986–87 serta trofi Eropah pertama kelab itu iaitu Piala Pemenang Piala Eropah pada tahun 1985.[16]
Kejayaan Eropah bermula dengan menewaskan University College Dublin, Inter Bratislava dan Fortuna Sittard. Everton mengalahkan gergasi Jerman, Bayern Munich 3–1 dalam perlawanan separuh akhir dan menang dengan keputusan yang sama ke atas kelab Austria, Rapid Vienna dalam perlawanan akhir.[17]
Selepas memenangi kedua-dua liga dan Piala Pemenang Piala pada tahun 1985, Everton hampir mencatat kemenangan treble tetapi tewas kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA 1985.[16]
Pada musim berikutnya, 1985–86, Everton muncul naib juara dibelakang jiran, Liverpool dalam kedua-dua liga dan Piala FA tetapi berjaya memenangi semula liga pada musim 1986–87.
Selepas tragedi Stadium Heysel dan larangan terhadap semua kelab Inggeris daripada bola sepak Eropah, Everton kehilangan peluang bersaing untuk lebih banyak trofi Eropah. Sebahagian besar skuad yang memenangi kejuaraan itu berpecah berikutan pengharaman tersebut. Kendall sendiri berpindah ke Athletic Bilbao selepas kejayaan liga 1987 dan digganti oleh pembantu Colin Harvey. Harvey membawa Everton ke perlawanan akhir Piala FA 1989 tetapi tewas 3-2 selepas masa tambahan kepada Liverpool.
Everton merupakan ahli pengasas Liga Perdana Inggeris pada tahun 1992, tetapi bergelut untuk mencari pengurus yang bagus. Howard Kendall kembali pada tahun 1990 tetapi gagal mengulangi kejayaan sebelum ini manakala penggantinya, Mike Walker secara statitiknya pengurus Everton yang paling tidak berjaya . Apabila bekas pemain Everton, Joe Royle mengambil alih pada tahun 1994, prestasi kelab itu mula meningkat; perlawanan pertamanya sebagai pengurus merupakan kemenangan 2–0 ke atas Liverpool. Royle membawa Everton keluar daripada zon penyingkiran dan membawa pasukan itu memenangi Piala FA buat kali kelima dalam sejarah dengan mengalahkan Manchester United 1–0 dalam perlawanan akhir.
Kejayaan memenangi Piala itu melayakkan Everton ke kempen Eropah pertama mereka dalam era pasca-Heysel. Kemajuan dibawah Joe Royle berterusan pada musim 1995–96 selepas mereka menduduki tempat keenam dalam liga.[16] Mengakhiri liga di tempat kelima belas pada musim berikutnya menyaksikan Royle meletak jawatan dan digantikan untuk sementara waktu oleh kapten kelab, Dave Watson. Howard Kendall dilantik sebagai pengurus Everton untuk kali ketiga pada tahun 1997, tetapi pelantikan itu gagal menghasilkan kejayaan selepas Everton mengakhiri liga di tempat ketujuh belas. Bekas pengurus Rangers, Walter Smith mengambil alih dari Kendall pada musim panas tahun 1998 tetapi hanya berjaya menduduki pertengahan bawah liga tiga kali berturut-turut.[16]
Lembaga Everton akhirnya hilang sabar dengan Smith dan dia dipecat pada bulan Mac 2002 selepas tersingkir daripada Piala FA kepada Middlesbrough serta Everton berdepan bahaya penyingkiran.[18]David Moyes merupakan penggantinya dan membimbing Everton ke tempat kelima belas.[19][20] Pada musim 2002–03, Everton menduduki tempat ketujuh, tertinggi sejak tahun 1996. Mengakhiri liga di tempat keempat pada musim 2004–05 memastikan Everton layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara. Mereka gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan tersingkir daripada Piala UEFA. Everton layak ke pertandingan Piala UEFA 2007–08[21] dan 2008–09 serta muncul naib juara Piala FA 2009.
Moyes memecahkan rekod yuran perpindahan tertinggi kelab empat kali, James Beattie sebanyak £6 juta pada bulan Januari 2005,[22]Andy Johnson sebanyak £8.6 juta pada musim panas tahun 2006,[22]Yakubu sebanyak £11.25 juta pada musim panas tahun 2007,[23] dan Marouane Fellaini sebanyak £15 juta pada bulan September 2008.[24] Ia merupakan di bawah pengurus David Moyes dimana Wayne Rooney menembusi pasukan utama sebelum dijual kepada Manchester United dengan rekod yuran kelab sebanyak £28 juta.[25]
Ketika akhir musim 2012–13, David Moyes meninggalkan jawatannya di Everton untuk mengambil alih jawatan di Manchester United. Dia digantikan oleh Roberto Martínez,[26] yang membawa Everton menduduki tempat ke-5 dalam musim pertamanya.[27]
Pemain |
Pasukan Utama |
Sehingga 15 September 2015.[28]
|
|
Keluar Secara Pinjaman |
|
Staf Kejurulatihan |
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengurus | Roberto Martínez |
Pembantu Pengurus | Graeme Jones |
Jurulatih Penjaga Gol | Iñaki Bergara |
Ketua Prestasi | Richard Evans |
Ketua Pencari Bakat | Kevin Reeves |
Jurulatih Pembangunan Pasukan Utama | Dennis Lawrence |
Jurulatih Pasukan Utama | Duncan Ferguson |
Ketua Jurulatih Bawah 21 | David Unsworth |
Pengarah Pembangunan | Joe Royle |
Kejayaan |
Domestik |
Divisyen Pertama:
Juara (9): 1890–91, 1914–15, 1927–28, 1931–32, 1938–39, 1962–63, 1969–70, 1984–85, 1986–87- Naib-juara (7): 1889–90, 1894–95, 1901–02, 1904–05, 1908–09, 1911–12, 1985–86
Divisyen Kedua:
Juara (1): 1930–31- Naib-juara (1): 1953–54
Piala FA:
Juara (5): 1906, 1933, 1966, 1984, 1995- Naib-juara (8): 1893, 1897, 1907, 1968, 1985, 1986, 1989, 2009
Piala Liga Inggeris:- Naib-juara (2): 1977, 1984
Perisai Komuniti FA:
Juara (9): 1928, 1932, 1963, 1970, 1984, 1985, 1986 (kongsi), 1987, 1995- Naib-juara (2): 1933, 1966
Full Members Cup:- Naib-juara (2): 1989, 1991
Piala Super:- Naib-juara (1): 1985–86
Piala Belia FA:
Juara (3): 1965, 1984, 1998- Naib-juara (4): 1961, 1977, 1983, 2002
Liga Tengah:[29]
Juara (4): 1913–14, 1937–38, 1953–54, 1967–68
Piala Senior Lancashire:[30]
Juara (6): 1894, 1897, 1910, 1935, 1940, 1964
Piala Senior Liverpool:[29]
Juara (45): 1884, 1886, 1887, 1890, 1891, 1892, 1894, 1895, 1896, 1898, 1899, 1900, 1904, 1906, 1908, 1910 (kongsi), 1911, 1912 (kongsi), 1914, 1919, 1921, 1922, 1923, 1924, 1926, 1928, 1934 (kongsi), 1936 (kongsi), 1938, 1940, 1945, 1953, 1954, 1956, 1957, 1958 (kongsi), 1959, 1960, 1961, 1982 (kongsi), 1983, 1996, 2003, 2005, 2007
Eropah |
Piala Pemenang Piala Eropah:
Juara: (1): 1985
Rujukan |
^ "Premier League Handbook Season 2013/14" (PDF). Premier League. Dicapai 17 August 2013.
^ "A brief history of Everton". Dicapai 2 September 2015.
^ "Club profile: Everton". Premier League. Dicapai 23 August 2010.
^ "9 Facts About Football In The First World War". Dicapai 3 September 2015.
^ "10 Facts About Football In The Second World War". Dicapai 3 September 2015.
^ "The Everton Story – 1878 to 1930". Everton F.C. Dicapai 16 November 2007.
^ "Football and the First World War". Spartacus Educational. Dicapai 5 November 2011.
^ "Everton 1938–1939 : Home". statto.com. Dicapai 5 November 2011.
^ "The Everton Story – 1931 to 1960". Everton F.C. Diarkibkan daripada asal pada 14 February 2007. Dicapai 16 November 2007.
^ "1962/63 Season | Everton Football Club". www.evertonfc.com. Dicapai 3 September 2015.
^ "'A great final – a fantastic comeback'". BBC. Dicapai 3 September 2015.
^ Association, Press. "West Brom to honour Jeff Astle by wearing replica 1968 FA Cup final kit". the Guardian. Dicapai 3 September 2015.
^ "1969/70 Season | Everton Football Club". www.evertonfc.com. Dicapai 3 September 2015.
^ "1969/70 SEASON". Everton FC. Dicapai 8 October 2013.
^ "The Everton Story – 1961 to 1980". Everton F.C. Dicapai 16 November 2007.
^ abcd "The Everton Story – 1981 to 2006". Everton F.C. Dicapai 16 November 2007.
^ "Goodison's greatest night". Everton F.C. Dicapai 24 August 2006.
^ "Everton sack boss Walter Smith". CBBC Newsround. 13 March 2002. Dicapai 21 July 2007.
^ "Can Moyes revive Everton?". BBC Sport. 14 March 2002. Dicapai 21 July 2007.
^ "Final 2001/2002 English Premier Table". Soccerbase. Dicapai 21 July 2007.
^ "Final 2006–07 English Premier Table". Soccerbase. Dicapai 16 November 2007.
^ ab "Everton complete Johnson capture". BBC Sport. 30 May 2006. Dicapai 23 August 2010.
^ "Yakubu joins Everton for £11.25m". BBC Sport. UK. 29 August 2007. Dicapai 2 September 2015.
^ "Everton smash record for Fellaini". BBC Sport. 2 September 2008. Dicapai 23 August 2010.
^ "Rooney deal explained". BBC Sport. 1 September 2004. Dicapai 22 August 2006.
^ "Roberto Martínez confirmed as the new Everton manager". The Guardian. 5 June 2013. Dicapai 5 June 2013.
^ Darling, Kevin (11 May 2014). "Hull 0 – 2 Everton". BBC Sport. BBC. Dicapai 13 May 2014.
^ "First Team". Everton F.C. Dicapai 1 September 2015.
^ ab "Honours | Everton Football Club". www.evertonfc.com. Dicapai 2015-09-07.
^ "Lancashire Senior Cup".
Pautan luar |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Everton F.C. |
- Laman web rasmi
- Berita Everton – Sky Sports
- Everton F.C. – Premierleague.com
Kategori:
- Pages not specifying pattern la in Template:Football kit
- Football squad on pitch using shift
- Kelab bola sepak Inggeris
- Everton F.C.
(RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgPageParseReport":"limitreport":"cputime":"0.632","walltime":"0.864","ppvisitednodes":"value":6005,"limit":1000000,"ppgeneratednodes":"value":0,"limit":1500000,"postexpandincludesize":"value":163600,"limit":2097152,"templateargumentsize":"value":11142,"limit":2097152,"expansiondepth":"value":13,"limit":40,"expensivefunctioncount":"value":12,"limit":500,"unstrip-depth":"value":0,"limit":20,"unstrip-size":"value":29108,"limit":5000000,"entityaccesscount":"value":1,"limit":400,"timingprofile":["100.00% 658.810 1 -total"," 29.95% 197.281 1 Templat:Reflist"," 19.10% 125.813 23 Templat:Cite_web"," 17.28% 113.837 1 Templat:Infobox_football_club"," 16.30% 107.370 1 Templat:Infobox"," 14.50% 95.536 31 Templat:Fs_player"," 12.75% 83.976 31 Templat:Flagicon"," 10.01% 65.976 1 Templat:Official_website"," 7.25% 47.771 2 Templat:Navbox"," 6.85% 45.096 1 Templat:Premier_League"],"scribunto":"limitreport-timeusage":"value":"0.192","limit":"10.000","limitreport-memusage":"value":4251859,"limit":52428800,"cachereport":"origin":"mw1331","timestamp":"20190825032327","ttl":86400,"transientcontent":true););"@context":"https://schema.org","@type":"Article","name":"Everton F.C.","url":"https://ms.wikipedia.org/wiki/Everton_F.C.","sameAs":"http://www.wikidata.org/entity/Q5794","mainEntity":"http://www.wikidata.org/entity/Q5794","author":"@type":"Organization","name":"Contributors to Wikimedia projects","publisher":"@type":"Organization","name":"Wikimedia Foundation, Inc.","logo":"@type":"ImageObject","url":"https://www.wikimedia.org/static/images/wmf-hor-googpub.png","datePublished":"2005-07-06T15:05:32Z","dateModified":"2019-08-24T03:01:17Z","image":"https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/8/89/Everton_FC_logo.png"(RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgBackendResponseTime":983,"wgHostname":"mw1331"););