Skip to main content

Daging babi Isi kandungan Pola penggunaan | Produk | Khasiat | Larangan keagamaan | Penyakit daging babi | Galeri | Rujukan | Menu pandu arahUSDA Nutrient Database"Sources of Meat""BRAZILIAN FEIJOADA"asal"Livestock and Poultry: World Markets and Trade"asal"China launches a pork-price index to smooth the "pig cycle""Livestock and Poultry: World Markets and TradeasalLivestock and Poultry: World Markets and Trade"14 Facts About The Staggeringly Huge Chinese Pork Industry""China Plans to Release Some of Its Pork Stockpile to Hold Down Prices""China sets standard for Chairman Mao's favourite dish""Danish Christmas dinner""Fresh Pork...from Farm to Table"asal"Calories in Pork, Fresh, Loin, Tenderloin""Top 10 Foods Highest in Thiamin (Vitamin B1)""Thiamin - Fact Sheet for Health Professionals""Pork 101: Nutrition Facts and Health Effects""Travel Report for Iran"asal"Travel Report for Mauritania"asal"Official advice: Exercise normal safety precautions – Oman"asal"Travel Report for Qatar"asal"Travel Report for Saudi Arabia"asal"Pakistan Court Bans Pork""Buying Pork in Dubai – ComingAnarchy.com"2:1735:35:606:14516:115"The Makings of History / Pork and the people"Outlawed Pigs: Law, Religion, and Culture in Israel"Pigs FACTSHEET""FAOSTAT""FAOSTAT""On Israel's Only Jewish-Run Pig Farm, It's The Swine That Bring Home the Bacon – Letter From Kibbutz Lahav By April 24, 2008""Liverpool Council upsets Orthodox community by leaving pork off the menu for interfaith lunch""Risk of trichinosis from locally produced raw sausages from Eastern Europe – BfR""More meat recalls: pork sausage due to listeria contamination""Safety of Fresh Pork...from Farm to Table""Fresh Pork...from Farm to Table"

DagingBabi


dagingbabi bela jinakpenternakanhamdaging salaisosejAsia TimurTenggaradunia BaratEropah Tengahmasakan AsiaIslamYahudipantang larangIsraelTimur Tengahdunia IslamhalalkosherAsia TimurTenggaraEropahAfrika Sub-SaharaAmerikaOseaniaBrazilmasakan CinaChinadaging lembuWilayah HunanMao ZedongFilipinahamsosejchorizosalamiHampengasapandaging merahtiaminakolesterollemak tepunyahukum pemakanan Islamdunia IslamIranMauritaniaOmanQatarArab SaudiKuwaitLibyaPakistanMaldivesIndonesiaMalaysiaBruneiLubnanIraqTunisiaTurkiMesirMaghribiBahrainJordanAlbaniaAzerbaijanSyriaEmiriah Arab BersatuEmiriah SharjahAl-Quranmakanan tidak kosherkitab Imamatkitab UlanganTauratIsraelKitab ImamatKitab UlanganKitab YesayaUthmaniyahcacing pitadaging babi kisarcacing gelangcacing peniticacing kerawitcacing pita












Daging babi




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






Jump to navigation
Jump to search




Keratan daging babi dengan lapisan otot dan lemak




Babi panggang golek


Daging babi atau daging khinzir merupakan daging yang diperoleh daripada babi bela jinak (Sus scrofa domesticus) dan merupakan jenis daging yang paling banyak digunakan di dunia[1] dengan bukti sejarah penternakan babi seawal 5000 SM. Daging khinzir dimakan apabila baru masak atau diawet. Produk dagingnya diawet untuk memanjangkan jangka hayat penyimpanannya; antara produk yang dihasilkan melalui proses ini misalnya ham, daging salai, gammon, bakon dan sosej.


Daging ini adalah daging yang paling laris di Asia Timur dan Tenggara, malah juga didapati di dunia Barat, khususnya di Eropah Tengah. Ia sangat dihargai dalam masakan Asia kerana kandungan lemak dan teksturnya yang enak. Penggunaan daging babi diharamkan dalam hukum pemakanan Islam dan Yahudi sebagai pantang larang yang paling kuat atas beberapa sebab-musabab tertentu. Penjualan daging babi dihadkan di Israel dan diharamkan di sesetengah negara majoriti penganut Islam.




Isi kandungan





  • 1 Pola penggunaan

    • 1.1 Penggunaan daging babi sedunia


    • 1.2 Penggunaan di Asia



  • 2 Produk

    • 2.1 Daging segar


    • 2.2 Daging proses



  • 3 Khasiat


  • 4 Larangan keagamaan

    • 4.1 Islam


    • 4.2 Yahudi


    • 4.3 Kristian



  • 5 Penyakit daging babi


  • 6 Galeri


  • 7 Rujukan




Pola penggunaan |


Daging khinzir adalah daging yang paling banyak dimakan di dunia, membentuk kira-kira 38% pengeluaran daging sedunia. Lain tempat lainlah tahap penggunaannya. Ia haram dimakan di Timur Tengah dan kebanyakan dunia Islam disebabkan hukum pemakanan halal dan kosher Yahudi, namun iai banyak dimakan di Asia Timur dan Tenggara, Eropah, Afrika Sub-Sahara, Amerika dan Oseania. Oleh itu, terdapat banyak resipi daging ini yang ada di seluruh dunia. Jamón adalah resipi Sepanyol terkenal yang diperbuat daripada kaki depan babi. Feijoada pula, iaitu hidangan kebangsaan Brazil (juga disajikan di Portugal), secara tradisinya disiapkan dengan telinga, ekor dan kaki babi.[2]


Menurut Perkhidmatan Pertanian Asing Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) hampir 100 juta tan metrik daging babi telah digunakan di seluruh dunia pada tahun 2006 (data awal). Peningkatan pembangunan dan pakai pendapatan telah menyebabkan peningkatan pesat dalam daging babi penggunaan di China, di mana penggunaan pada tahun 2006 adalah 20% lebih tinggi daripada penggunaan pada tahun 2002, dan satu lagi peningkatan 5% dijangka pada tahun 2007.[3] Dalam 2015 dicatatkan sejumlah 109,905 juta metrik ton daging babi yang telah digunakan di seluruh dunia.:18 Setakat tahun 2017, separuh dunia daging babi telah digunakan di China.[4]



Penggunaan daging babi sedunia |






























































































































































Negara
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016

 China
48,823
51,157
50,004
52,725
54,250
57,195
56,668
54,070

 Kesatuan Eropah
20,691
20,952
20,821
20,375
20,268
20,390
20,913
20,062

 Amerika Syarikat
9,013
8,654
8,340
8,441
8,616
8,545
9,341
9,452

 Rusia
2,719
2,835
2,971
3,145
3,090
3,024
3,016
3,160

 Brazil
2,423
2,577
2,644
2,670
2,771
2,845
2,893
2,811

 Jepun
2,467
2,488
2,522
2,557
2,553
2,543
2,568
2,590

 Vietnam
2,071
2,072
2,113
2,160
2,205
2,408
2,456
2,506

 Mexico
1,770
1,784
1,710
1,850
1,945
1,991
2,176
2,270

 Korea Selatan
1,480
1,539
1,487
1,546
1,598
1,660
1,813
1,868

 Filipina
1,356
1,418
1,432
1,446
1,533
1,551
1,544
1,659

 Ukraine
713
776
806
953
1,006

 Taiwan
925
901
919
906
892
875
930
897

 Kanada
853
802
785
834
837

 Hong Kong
486
467
558
547
537

 Australia
464
482
482
511
528

 Chile
369
385
408
430
430
Lain-lain
3,615
3,756
3,932
4,022
4,183
6,869
6,587
6,656

Jumlah
100,238
103,045
101,934
105,118
107,242
109,896
109,095
108,001
Dalam tan metrik ('000), Sumber: Laporan USDA, angka 2009–2013,[5]:16 angka 2014–2016[6]:18


Penggunaan di Asia |





Charsiu merah meruapakan antara hidangan daging babi paling terkenal di China Selatan


Daging babi laris di seluruh rantau Asia Timur dan Pasifik, lebih-lebih lagi babi panggang dalam masakan Kepulauan Pasifik. Ia digunakan dengan pelbagai kaedah dan amat dihargai dalam masakan Cina.[7] Kini China merupakan pengguna daging babi terbesar yang mencakupi lebih separuh daripada penggunaan daging babi sedunia.[8] Di China, daging babi diutamakan daripada daging lembu atas sebab ekonomi dan estetik, yang mana babi senang disuap dan tidak digunakan untuk kerja. Warna daging dan lemak babi dianggap lebih menyelerakan manakala rasa dan baunya dikatakan lebih manis dan bersih, bahkan senang dihadam.[9] Dalam adat kampung, daging babi dikongsikan untuk menyambut keraian serta mengikat tali persaudaraan. Di China, betapa pentingnya daging babi hinggakan negara menyimpan sebah "rizab daging babi strategik".[10] Daging rebus merah (hong shao rou), hidangan khas Wilayah Hunan, digemari Mao Zedong.[11] Lain-lain hidangan daging babi Cina yang popular termasuk masam manis, bakkwa, dan charsiu. Di Filipina, hasil daripada 300 tahun penjajahan, babi panggang golek lechon adalah hidangan kebangsaan.



Produk |


Daging babi boleh dimasak daripada yang segar-segar atau diawet. Antara produk daging awet termasuk ham dan bakon. Bangkainya boleh dipotong di mana-mana bahagian untuk digunakan dengan pelbagai cara.



Daging segar |


Sebahagian besar bangkai boleh digunakan untuk menghasilkan daging segar, lebih-lebih lagi daging babi menetek iaitu seluruh bangkai anak babi dua hingga enam minggu dipanggang. Babi panggang flæskesteg merupakan hidangan kegemaran Denmark sempena Krismas.[12]



Daging proses |


Daging babi paling umumnya digunakan sebagai ramuan sosej. Kebanyakan sosej Eropah tradisional diperbuat daripada babi, seperti chorizo, fuet, Cumberland dan salami. Kebanyakan jenama hot dog dan sosej sarapan Amerika diperbuat daripada daging khinzir. Pemprosesan daging kepada sosej dan produk-produk lain di Perancis dikenali dengan nama charcuterie.


Ham dan bakon diperbuat daripada daging babi segar melalui pengawetan dengan garam (pengasinan) atau pengasapan. Bahu dan paha babi paling umum diawet sebegini untuk Picnic shoulder, manakala bakon yang berjalur-jalur dan bundar datang dari bahagian rusuk (bundar dari loin dan berjalur-jalur dari perut).[13]


Daging tin Spam diperbuat daripada bahu babi dan ham cincang.



Khasiat |



















































































Daging babi, segar, loin, penuh, boleh asingkan lemaknya, dimasak, dipanggang

Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)

Tenaga
1,013 kJ (242 kcal)

Karbohidrat
0.00 g
- Gula
0.00 g
- Serabut diet
0.0 g

Lemak
13.92 g
- tepu
5.230 g
- monotaktepu
6.190 g
- politaktepu
1.200 g

Protein
27.32 g
- Triptofan
0.338 g
- Treonina
1.234 g
- Isoleusina
1.260 g
- Leusina
2.177 g
- Lisina
2.446 g
- Metionina
0.712 g
- Sistina
0.344 g
- Fenilalanina
1.086 g
- Tirosina
0.936 g
- Valina
1.473 g
- Arginina
1.723 g
- Histidina
1.067 g
- Alanina
1.603 g
- Asid aspartik
2.512 g
- Asid glutamik
4.215 g
- Glisina
1.409 g
- Prolina
1.158 g
- Serina
1.128 g

Air
57.87 g

Vitamin B6
0.464 mg (36%)

Vitamin B12
0.70 μg (29%)

Kolina
93.9 mg (19%)

Vitamin C
0.6 mg (1%)

Vitamin D
53 IU (9%)

Kalsium
19 mg (2%)

Besi
0.87 mg (7%)

Magnesium
28 mg (8%)

Fosforus
246 mg (35%)

Kalium
423 mg (9%)

Natrium
62 mg (4%)

Zink
2.39 mg (25%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Kandungan mioglobinnya lebih rendah daripada daging lembu tetapi lebih tinggi daripada ayam. Daging babi dikira daging merah oleh USDA.[14] Daging babi amat tinggi kandungan tiamina (vitamin B1).[15][16][17][18] Daging babi yang dibuang lemaknya lebih pejal daripada daging kebanyakan ternakan lain, tetapi tinggi kandungan kolesterol dan lemak tepunya.



Larangan keagamaan |



Islam |


Daging babi diharamkan dalam hukum pemakanan Islam. Kebanyakan negara di seluruh dunia Islam menyekat ketat pengimportan dan pengunaan produk daging babi. Misalnya Iran,[19]Mauritania,[20]Oman,[21]Qatar,[22]Arab Saudi,[23]Kuwait, Libya, Pakistan[24] dan Maldives. Tetapi di negara-negara majoriti Muslim lain yang ramai kaum minoriti bukan Muslim seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Lubnan, Iraq, Tunisia, Turki, Mesir, Maghribi, Bahrain, Jordan, Albania, Azerbaijan, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (kecuali Emiriah Sharjah), daging babi terdapat di hotel, restoran dan pasar raya di mana ia disediakan untuk penduduk bukan Islam yang ramai.[25]



Pengharaman daging khinzir termaktub dalam kitab Al-Quran mengikut surah 2:173, 5:3, 5:60, 6:145 dan 16:115.[26][27][28][29][30]



Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


—Surah al-Baqarah, Ayat 173


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging khinzir (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


—Surah al-Ma'idah,Ayat 3


Yahudi |



Daging babi merupakan contoh umum makanan tidak kosher. Larangannya berasaskan kitab Imamat bab 11 dan kitab Ulangan bab 14:



Kamu boleh makan binatang darat apa sahaja yang berkuku belah dan yang memamah biak. Tetapi kamu tidak boleh makan unta, landak batu, atau arnab. Binatang ini mesti dianggap haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah. Jangan makan khinzir. Khinzir mesti dianggap haram kerana walaupun berkuku belah, tetapi tidak memamah biak. Jangan makan binatang-binatang itu, dan jangan sentuh bangkainya; binatang-binatang itu haram.


—Imamat 11:2–4, 7–8


Jangan makan khinzir. Binatang itu haram, kerana walaupun ia berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya


—Ulangan 14:8

Seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat Taurat tadi, daging babi tidak kosher kerana golongan Yahudi tidak dibenarkan menggunakan haiwan yang tidak memenuhi syarat-syarat tertentu iaitu mengenai kuku belah dan memamah biak. Khinzir yang bukan ruminan tidak memamah biak seperti lembu dan kambing.


Di Israel, penternakan babi dihadkan kepada tempat tertentu oleh undang-undang.[31][32] Sesetengah undang-undang berkenaan babi dipintasi terang-terangan.[33] Pengeluaran babi telah meningkat dari kira-kira 50,000 ekor babi disembelih pada 1960[31] kepada 180,000 pada 2010.[34] Penggunaan daging babi per kapita negara berkenaan ialah 2.7 pada 2009.[35] Biarpun pemasaran daging babi dilarang di kawasan-kawasan yang lebih warak,[32] namun produk babi terdapat di tempat-tempat lain menerusi kedai daging dan pasar raya bukan kosher yang khusus kepada imigran dari Rusia.[36] Dalam bahasa Ibrani daging babi diberi nama halus "daging putih".[36]



Kristian |


Sesetengah mazhab Kristian mengelak daripada memakan daging khinzir. Larangannya berdasarkan Kitab Imamat bab 11, Kitab Ulangan bab 14, dan Kitab Yesaya bab 65 dan 66. Antara taifahnya yang diketahui mengharamkan pemakanan daging ini adalah:


  • Ortodoks Habsyah

  • Hebrew Roots

  • Yahudi Messianik

  • Advent Hari Ketujuh

  • Gereja Bersatu Tuhan

Sebaliknya, ramai ahli Gereja Ortodoks Macedonia mengangkat penggunaan daging babi sebagai tradisi penting yang melambangkan kelestarian jati diri Kristian nenek moyang sewaktu pemerintahan Uthmaniyah.[37]



Penyakit daging babi |




Daging filet babi dipek vakum


Daging babi diketahui membawa penyakit seperti cacing pita dan pigbel, maka boleh membahayakan pengguna jika tidak dimasak dengan baik, sungguhpun daging babi mentah umum dimakan di sesetengah negara Eropah.[38]


Daging khinzir yang kurang masak atau tidak diawet boleh membawa kuman patogen ataupun dicemari semula setelah lama terbiar selepas dimasak. Misalnya, agensi Perkhidmatan Keselamatan dan Penyiasatan Makanan Amerika Syarikat (Food Safety and Investigation Service, FSIS) mengesan Listeria monocytogenes dalam 460 paun sosej babi repui masak penuh jenama Polidori namun tiada seorang pun yang jatuh sakit daripada termakannya.[39] Sebelum ini FSIS menyatakan bahawa listeria dan kuman-kuman lain mesti "dihapuskan dengan pengendalian yang betul dan memasak secara menyeluruh dengan suhu dalaman 160 °F (71 °C)," dan kuman-kuman lain seperti E. coli, Salmonella, dan Staphylococcus aureus boleh didapati dalam daging-daging babi, ayam dan sebagainya yang kurang masak.[40] FSIS selaku anggota USDA kini mengesyorkan agar daging babi kisar dimasak pada suhu 160 °F (71 °C) dan potongan penuh pula 145 °F (63 °C) disusuli rehat tiga minit.[41]


Babi hidup boleh membawa pelbagai jenis helmint (parasit nyata) seperti cacing gelang, cacing peniti, dan cacing kerawit. Antara yang umum sekali ialah cacing pita Taenia solium yang boleh berpindah ke dalam usus manusia setelah memakan daging yang kurang masak.



Galeri |



Rujukan |




  1. ^ "Sources of Meat". Food and Agriculture Organization (FAO). 25 November 2014. Dicapai 19 November 2016. 


  2. ^ "BRAZILIAN FEIJOADA" (dalam bahasa Inggeris). Brazilbrazil.com. Diarkibkan daripada asal pada 6 Februari 2009. Dicapai 4 Februari 2018. 


  3. ^ "Livestock and Poultry: World Markets and Trade" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Circular Series DL&P 2-06, Perkhidmatan Pertanian Asing, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Oktober 2006. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 11 Januari 2007. Dicapai 15 Ogos 2007. 


  4. ^ "China launches a pork-price index to smooth the "pig cycle"". The Economist. 21 April 2017. Dicapai 23 April 2017. 


  5. ^ Livestock and Poultry: World Markets and Trade (Laporan). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. November 2013. Diarkib daripada asal pada 7 Februari 2014. https://web.archive.org/web/20140207210513/http://apps.fas.usda.gov/psdonline/circulars/livestock_poultry.pdf.


  6. ^ Livestock and Poultry: World Markets and Trade (Laporan). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Oktober 2016. http://apps.fas.usda.gov/psdonline/circulars/livestock_poultry.pdf. Diperolehi 1 Ogos 2016.


  7. ^ Solomon, Charmaine (1996). Encyclopedia of Asian Food. Melbourne: William Heinemann Australia. m/s. 288. ISBN 0-85561-688-1. 


  8. ^ Mamta Badkar (29 Mei 2013). "14 Facts About The Staggeringly Huge Chinese Pork Industry". Business Insider. Dicapai 31 Julai 2014. 


  9. ^ Tropp, Barbara (1982). The Modern Art of Chinese Cooking. New York: Hearst Books. m/s. 183. ISBN 0-688-14611-2. 


  10. ^ Wines, Michael (15 Julai 2011). "China Plans to Release Some of Its Pork Stockpile to Hold Down Prices". The New York Times. Dicapai 15 November 2013. 


  11. ^ Moore, Malcolm (29 Januari 2010). "China sets standard for Chairman Mao's favourite dish". The Daily Telegraph. Dicapai 23 April 2014. 


  12. ^ "Danish Christmas dinner". Wonderful Denmark. Dicapai 17 Disember 2011. 


  13. ^ Ruhlman, Michael; Polcyn, Brian (2008). Charcuterie: The Craft of Salting, Smoking and Curing. New York: W.W Norton & Company. ISBN 978-0-393-05829-1. 


  14. ^ "Fresh Pork...from Farm to Table" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Keselamatan dan Pemeriksaan USDA. Diarkibkan daripada asal pada 13 Jun 2006. 


  15. ^ "Calories in Pork, Fresh, Loin, Tenderloin". Calorie Count. 


  16. ^ Daisy Whitbread (12 September 2017). "Top 10 Foods Highest in Thiamin (Vitamin B1)" (dalam bahasa Inggeris). MyFoodData. 


  17. ^ "Thiamin - Fact Sheet for Health Professionals" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Penokok Diet, Institut Kesihatan Kebangsaan. 


  18. ^ Atli Arnarson (1 April 2015). "Pork 101: Nutrition Facts and Health Effects" (dalam bahasa Inggeris). Health Line. 


  19. ^ "Travel Report for Iran" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ehwal Luar Kanada. Diarkibkan daripada asal pada 10 Disember 2015. 


  20. ^ "Travel Report for Mauritania" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ehwal Luar Kanada. Diarkibkan daripada asal pada 19 Disember 2005. 


  21. ^ "Official advice: Exercise normal safety precautions – Oman" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia. 16 November 2017. Diarkibkan daripada asal pada 4 Februari 2018. 


  22. ^ "Travel Report for Qatar" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ehwal Luar Kanada. Diarkibkan daripada asal pada 19 Disember 2005. 


  23. ^ "Travel Report for Saudi Arabia" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 28 Disember 2005. 


  24. ^ Administrator. "Pakistan Court Bans Pork". themajlis.co.za. 


  25. ^ Curzon (26 November 2010). "Buying Pork in Dubai – ComingAnarchy.com". cominganarchy.com. 


  26. ^ Quran 2:173


  27. ^ Quran 5:3


  28. ^ Quran 5:60


  29. ^ Quran 6:145


  30. ^ Quran 16:115


  31. ^ ab Segev, Tom (27 January 2012). "The Makings of History / Pork and the people". HaAretz. Dicapai 6 April 2013. 


  32. ^ ab Barak-Erez, Daphne (2007). Outlawed Pigs: Law, Religion, and Culture in Israel. Univ of Wisconsin Press. ISBN 978-0-299-22160-7. Dicapai 6 April 2013. 


  33. ^ Concern for Helping Animals in Israel (CHAI). "Pigs FACTSHEET". Dicapai 6 April 2013. 


  34. ^ Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. "FAOSTAT". Dicapai 6 April 2013. 


  35. ^ Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. "FAOSTAT". Dicapai 6 April 2013. 


  36. ^ ab Yoskowitz, Jeffrey (24 April 2008). "On Israel's Only Jewish-Run Pig Farm, It's The Swine That Bring Home the Bacon – Letter From Kibbutz Lahav By April 24, 2008". Forward. Dicapai 6 April 2013. 


  37. ^ O'Brien, Natalie (25 Julai 2015). "Liverpool Council upsets Orthodox community by leaving pork off the menu for interfaith lunch". The Sydney Morning Herald. Dicapai 26 Julai 2015. 


  38. ^ "Risk of trichinosis from locally produced raw sausages from Eastern Europe – BfR". bund.de. 


  39. ^ "More meat recalls: pork sausage due to listeria contamination". 1 May 2010. Dicapai 29 June 2010. 


  40. ^ "Safety of Fresh Pork...from Farm to Table". Dicapai 29 June 2010. 


  41. ^ "Fresh Pork...from Farm to Table". Dicapai 19 July 2013. 









Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Daging_babi&oldid=4534310"













Menu pandu arah



























(RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgPageParseReport":"limitreport":"cputime":"0.588","walltime":"0.810","ppvisitednodes":"value":4430,"limit":1000000,"ppgeneratednodes":"value":0,"limit":1500000,"postexpandincludesize":"value":70962,"limit":2097152,"templateargumentsize":"value":5720,"limit":2097152,"expansiondepth":"value":14,"limit":40,"expensivefunctioncount":"value":0,"limit":500,"unstrip-depth":"value":0,"limit":20,"unstrip-size":"value":51440,"limit":5000000,"entityaccesscount":"value":0,"limit":400,"timingprofile":["100.00% 638.255 1 -total"," 55.00% 351.035 1 Templat:Reflist"," 25.29% 161.384 24 Templat:Cite_web"," 10.38% 66.252 1 Templat:Nutritional_value"," 8.55% 54.548 5 Templat:Convert"," 7.54% 48.153 2 Templat:Cite_report"," 6.27% 40.023 6 Templat:Cite_news"," 6.15% 39.227 8 Templat:Bendera"," 6.01% 38.361 2 Templat:Citation/core"," 5.94% 37.944 8 Templat:Bendera-negara"],"scribunto":"limitreport-timeusage":"value":"0.210","limit":"10.000","limitreport-memusage":"value":5730661,"limit":52428800,"cachereport":"origin":"mw1271","timestamp":"20190806070953","ttl":2592000,"transientcontent":false););"@context":"https://schema.org","@type":"Article","name":"Daging babi","url":"https://ms.wikipedia.org/wiki/Daging_babi","sameAs":"http://www.wikidata.org/entity/Q191768","mainEntity":"http://www.wikidata.org/entity/Q191768","author":"@type":"Organization","name":"Contributors to Wikimedia projects","publisher":"@type":"Organization","name":"Wikimedia Foundation, Inc.","logo":"@type":"ImageObject","url":"https://www.wikimedia.org/static/images/wmf-hor-googpub.png","datePublished":"2018-02-04T04:38:01Z","dateModified":"2019-02-12T13:53:38Z","image":"https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/49/Schweinebauch-2.jpg"(RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgBackendResponseTime":123,"wgHostname":"mw1274"););

Popular posts from this blog

Kamusi Yaliyomo Aina za kamusi | Muundo wa kamusi | Faida za kamusi | Dhima ya picha katika kamusi | Marejeo | Tazama pia | Viungo vya nje | UrambazajiKuhusu kamusiGo-SwahiliWiki-KamusiKamusi ya Kiswahili na Kiingerezakuihariri na kuongeza habari

Swift 4 - func physicsWorld not invoked on collision? The Next CEO of Stack OverflowHow to call Objective-C code from Swift#ifdef replacement in the Swift language@selector() in Swift?#pragma mark in Swift?Swift for loop: for index, element in array?dispatch_after - GCD in Swift?Swift Beta performance: sorting arraysSplit a String into an array in Swift?The use of Swift 3 @objc inference in Swift 4 mode is deprecated?How to optimize UITableViewCell, because my UITableView lags

Access current req object everywhere in Node.js ExpressWhy are global variables considered bad practice? (node.js)Using req & res across functionsHow do I get the path to the current script with Node.js?What is Node.js' Connect, Express and “middleware”?Node.js w/ express error handling in callbackHow to access the GET parameters after “?” in Express?Modify Node.js req object parametersAccess “app” variable inside of ExpressJS/ConnectJS middleware?Node.js Express app - request objectAngular Http Module considered middleware?Session variables in ExpressJSAdd properties to the req object in expressjs with Typescript